Wednesday 5 October 2011

KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:
                a)   Kata bilangan tentu
                b)   Kata bilangantak tentu
                c)   Kata bilangan himpunan
                d)   Kata bilangan pecahan
e)   Kata bilangan pisahan
f)   Kata bilangan tingkat

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Kata
Keterangan
Penerangan
Ayat Contoh
Kata bilangan
tentu
Kata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta
1   Kerani itu sedang mengepit satu
     keping fail.
2   Dua buah kelapa muda itu telah
     ditebuk tupai.
Kata bilangan
tak tentu
Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh:
para, semua, sesetengah, banyak,
pelbagai
1   Semua penghuni kampung itu akan
     dipindahkan ke tempat lain.
2   Banyak rumah dan harta benda
     musnah dalam kejadian banjir 
     lumpur itu.
Kata bilangan
himpunan
Kata bilangan himpunan asalnya
ialah kata bilangan tentu tetapi telah
digandakan dan ditambah dengan
imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan
1   Kedua-dua buah jambatan itu rosak
     teruk.
2   Sudah bertahun-tahun kejadian itu
     berlaku.
Kata bilangan
pecahan
Kata bilangan yang berbentuk
pecahan. Contoh: setengah, satu per
empat, dua per lima, tiga per lapan
1   Setengah bahagian kek itu telah 
     dihurungi semut.
2   Dia mengambil masa hampir tiga   
    per empat jam untuk menyiapkan 
   surat permohonan itu.

Kata bilangan
pisahan
Kata bilangan yang digunakan untuk
membilang sesuatu secara
berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap
dan masing-asing

1   Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa
     cucunya itu bersiar-siar di taman  
     bunga.
2   Mereka gagal menyiapkan kerja
     masing-masing dalam masa yang  
     telah ditetapkan.
Kata bilangan tingkat
Kata bilangan yang asalnya kata
bilangan tentu tetapi telah ditambah
dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta

1   Setelah masuk hari yang ketujuh
     barulah dia berasa badannya agak
     ringan sedikit.
2   Zainah memilih nombor giliran
    kedua untuk temuduga jawatan 
    kerani itu.

·         Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1.       Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang 
       dengan menggunakan kata bilangan tentu.
              Contoh:
 a)  Lima guli itu telah retak. (X)
                 b)  Lima biji guli itu telah retak. (√)
2.       Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata 
       bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak.
              Contoh:
a)  Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)
                b)  Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (√)

       3.   Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan 
             menggunakan kata bilangan tak tentu.
             Contoh:
a)  Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)
                b)  Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. (√)

       4.   Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata 
             bilangan tak tentu.
             Contoh:
a)  Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)
                b)  Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (√)

       5.   Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
             Contoh:
a)  Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)
                b)  Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (√)

       6.   Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang 
             dengan menggunakan kata bilangan himpunan.
             Contoh:
a)  Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)
                b)  Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. (√)

         7.   Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.
               Contoh:
a)  Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)
                b)  Para pelajar itu berasal dari Jepun. (√)

         8.   Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
               Contoh:
a)  Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)
                b)  Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. (√)

         9.   Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
               Contoh:
a)  Tiap petang dia bermain badminton. (X)
                b)  Tiap-tiap petang dia bermain badminton. (√)


Tuesday 4 October 2011

ikhlas

HILANG STRES SIKIT

      Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah.. 

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam,awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.

Moral Of the story : Biar 
Lawak, Lucu, Kelakar, Jenaka dan ada sense of humor tapi jangan jadi Lawyer Buruk..Setuju tak?

Sunday 2 October 2011

CARA BELAJAR YANG BETUL

Cara belajar yang betul

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama  - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan.  Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua  - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika.  Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut.  Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.  Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga  - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat  - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima  - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.  Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Saturday 1 October 2011

UNGKAPAN BESTARI


"Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris oleh pelajar
di peringkat pengajian tinggi mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan"

- Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin

"Bahasa Melayu itu jangan sekali-kali diperhina terus"

- Datuk A. Samad Said