Tuesday 20 September 2011

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah disingkatkan.
Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang berikut:-

kau,   ku,   mu,   nya
 
 



Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama Diri Singkat
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Kata ganti nama diri singkat kau asalnya daripada kata ganti nama diri penuh engkau yang telah disingkatkan
1   “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu
     rindukankau,” kata Salamah.
2   “Kenapakah kausering menjauhkan diri
     daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.

ku
Kata penuh nama diri singkat ku asalnya daripada kata ganti nama diri penuh aku yang telah disingkatkan

1   Aku berharap agar kautidak berkecil hati
     dengan kata-kataku tadi, Osman,” kata  
     Ali.
2   Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke
     Mekah pada tahun ini.”
mu
Kata ganti nama diri singkat mu asalnya daripada kata ganti nama diri penuh kamu yang telah disingkatkan
1   “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata
     Salmiah.
2   Kata Malek, “Aku sering teringatkan
    dirimu, Ziana.”

nya
Kata ganti nama diri singkat nya asalnya daripada kata ganti nama diri ketiga dia.
1   Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh
     tadi.
2   Tulisannya seperti cakar ayam.


·         Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan seperti berikut:-

1.       Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang
       menyertainya.

              Contoh:

                1. a)   Kata Kamil, “Orang tua ku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
                    b)   Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (√)
                2. a)   Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
                         (X)
                    b)   Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
                         (√)

         2.   Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri singkat sebagai subjek ayat.

               Contoh:

                1. a)   Kau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (X)
                    b)   Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
                2. a)   Nya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
                    b)   Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (√)



3         Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan
   huruf kecil pada pangkal katanya.

                 Contoh:

                1. a)   Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu ini! (X)
                    b)   Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
                2. a)   Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)
b)       Tuhan amat adil kepada hamba-Nya. (√)

No comments:

Post a Comment