Sunday 18 September 2011

Salam Pertemuan

Salam semua.
Hari ini aku telah melakar sejarah kerana mereka cipta satu blog peribadi.Agak susahlah jugak untuk menyediakannya.Aku belajar dengan suamiku yang bolehlah sikit-sikit dalam  membuat blog ni.Kenapa aku membuat blog peribadi ? Petang tadi aku menghadiri tutorial bagi kursus Teknologi Maklumat Sekolah rendah.Tutornya agak berkebolehan dalam menyampaikan tutorial.Dalam kursus kali ini aku dimestikan membuat blog sendiri.Apa lagi haru biru lah jawabnya.Membuat sesuatu yang menggunakan komputer merupakan kerja yang aku paling tidak gemar.Setelah bertungkus lumus belajar maka inilah hasilnya. Blog ini akan dimuatkan dengan bahan-bahan ilmiah untuk rujukan kepada yang melayari blog ini.Oklah ini je buat kali ini. dan jumpa lagi dengan bahan yang pasti berguna kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment