Saturday, 12 November 2011
Sunday, 16 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
KATA BILANGAN
KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:
a) Kata bilangan tentu
b) Kata bilangantak tentu
c) Kata bilangan himpunan
d) Kata bilangan pecahan
e) Kata bilangan pisahan
f) Kata bilangan tingkat
Perhatikan penerangan di bawah ini.
| Jenis Kata Keterangan | Penerangan | Ayat Contoh |
| Kata bilangan tentu | Kata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta | 1 Kerani itu sedang mengepit satu keping fail. 2 Dua buah kelapa muda itu telah ditebuk tupai. |
| Kata bilangan tak tentu | Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh: para, semua, sesetengah, banyak, pelbagai | 1 Semua penghuni kampung itu akan dipindahkan ke tempat lain. 2 Banyak rumah dan harta benda musnah dalam kejadian banjir lumpur itu. |
| Kata bilangan himpunan | Kata bilangan himpunan asalnya ialah kata bilangan tentu tetapi telah digandakan dan ditambah dengan imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan | 1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak teruk. 2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku. |
| Kata bilangan pecahan | Kata bilangan yang berbentuk pecahan. Contoh: setengah, satu per empat, dua per lima, tiga per lapan | 1 Setengah bahagian kek itu telah dihurungi semut. 2 Dia mengambil masa hampir tiga per empat jam untuk menyiapkan |
| Kata bilangan pisahan | Kata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap dan masing-asing | 1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa cucunya itu bersiar-siar di taman bunga. 2 Mereka gagal menyiapkan kerja masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan. |
| Kata bilangan tingkat | Kata bilangan yang asalnya kata bilangan tentu tetapi telah ditambah dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta | 1 Setelah masuk hari yang ketujuh barulah dia berasa badannya agak ringan sedikit. 2 Zainah memilih nombor giliran kedua untuk temuduga jawatan kerani itu. |
· Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan tentu.
Contoh:
a) Lima guli itu telah retak. (X)
b) Lima biji guli itu telah retak. (√)
2. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata
bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (√)
3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. (√)
4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata
bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)
b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (√)
5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
Contoh:
a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (√)
6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan himpunan.
Contoh:
a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)
b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. (√)
7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.
Contoh:
a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)
b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. (√)
8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)
b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. (√)
9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
Contoh:
a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)
b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. (√)
Tuesday, 4 October 2011
HILANG STRES SIKIT
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah..
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam,awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
Moral Of the story : Biar Lawak, Lucu, Kelakar, Jenaka dan ada sense of humor tapi jangan jadi Lawyer Buruk..Setuju tak?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam,awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian,
loceng pun berdering.Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi
esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
Moral Of the story : Biar Lawak, Lucu, Kelakar, Jenaka dan ada sense of humor tapi jangan jadi Lawyer Buruk..Setuju tak?
Sunday, 2 October 2011
CARA BELAJAR YANG BETUL
Cara belajar yang betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Saturday, 1 October 2011
UNGKAPAN BESTARI
"Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris oleh pelajar
di peringkat pengajian tinggi mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan"
- Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin
"Bahasa Melayu itu jangan sekali-kali diperhina terus"
- Datuk A. Samad Said
KATA MAJMUK MANTAP
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya
KATA HUBUNG
KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku , kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
| Kata Hubung | Fungsinya | Contoh Penggunaan dalam Ayat |
| atau | Menunjukkan pilihan | 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti. 2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, |
| dan | Menggabungkan dua unsur yang setara | 1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu. 2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu. |
| kecuali | Menunjukkan kekecualian | 1. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Shamsudin. 2. Datuk hari Ahad atau hari kelepasan am. |
| lalu | Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut | 1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu. 2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya. |
| serta | Menyatakan maksud turut atau bersama-sama | 1. Aliah rajin serta gigih berusaha. 2. Ali, Muthu, bercadang untuk pergi menonton wayang pada hari minggu ini. |
| sambil | Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama | 1. 2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik. |
| tetapi | Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain | 1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai. 2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal. |
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika
Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.
| Kata Hubung | Fungsinya | Contoh Penggunaan dalam Ayat |
| agar | Menerangkan maksud/tujuan | 1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu. 2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat sembuh. |
| apabila | Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian | 1. Apabila ditegur, dia merajuk. 2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan. |
| kerana | Menunjukkan alasan/sebab | 1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu. 2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji gelas minuman. |
| manakala | Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan | 1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja. 2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu. |
| setelah/ sebelum sejak | Menunjukkan masa | 1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan kerja sekolahnya pula. 2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya terlebih dahulu. 3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke kampung. |
| supaya | Menerangkan maksud/tujuan | 1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih. 2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik. |
Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan pula
bukan sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
· Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.
· Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.
Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.
2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.
· Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1. Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.
2. Daripada membuang masa lebih baik saya membaca buku.
Wednesday, 28 September 2011
KATA BANTU
KATA BANTU
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja. Dalam binaan ayat, kata bantu ini hadir sebelum kata kerja.
Dalam bahasa Melayu baku , kata bantu dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut:
a) Kata bantu aspek
b) Kata bantu ragam
a) Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menerangkan perbuatan atau kata kerja dari segi masa sama ada belum dilakukan, sedang dilakukan, atau sudah dilakukan.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata Bantu Aspek
Sudah dilakukan | Sedang dilakukan | Belum dilakukan |
pernah telah sudah | masih sedang | akan belum |
Ayat contoh:
1. “Saya pernah ditahan oleh polis kerana memandu kereta melebihi had laju,” kata Albert.
2. Abang Zaini telah berangkat ke London pada minggu lalu.
3. Kasmah sudah menyiapkan hidangan tengah hari untuk kami sekeluarga.
4. Pak Man masih tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah pusaka itu.
5. Fuad sedang membanting padi di belakang rumahnya.
6. “Saya akan menjelaskan perkara ini kepada kamu apabila sampai masanya nanti.
7. Cikgu Hashim belum membalas kad ucapan Hari Raya yang saya kirimkan kepadanya itu.
· Dalam penulisan kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
|
Ayat contoh:
1. Ibunya belum pernah menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur.
2. Adik masih belum bangun daripada tidur sewaktu ibu keluar pada pagi tadi.
3. Abang masih sedang membaca buku di bilik bacaan.
4. Kamil sudah pernah menjuarai pertandingan pidato peringkat kebangsaan.
5. Adila telah pernah ditawarkan berlakon drama oleh pihak TV3.
b) Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan iaitu sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan atau berkeupayan melakukan sesuatu perbuatan.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata Bantu Ragam
hendak mahu | harus mesti | boleh dapat |
Ayat contoh
1. Abang dan rakan-rakan hendak ke Putrajaya pada cuti persekolahan yang akan datang.
2. Sebagai rakyat yang baik kita mesti taat kepada raja dan negara.
3. Kata Cikgu Maya kepada Aida, “Kamu boleh menyertai lawatan ini dengan syarat, kamu mendapat
kebenaran daripada ibu bapa kamu.”
4. Harun dapat menyiapkan tugasan itu dalam masa yang singkat sahaja.
· Dalam penulisan, kata bantu ragam boleh hadir bersama-sama dengan kata bantu aspek sama ada secara mendahuluinya atau mengikutinya.
Perhatikan contoh di bawah ini.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam | Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek |
akan dapat belum boleh belum hendak sedang hendak | harus sudah harus telah mesti akan mesti sudah mesti telah |
Ayat contoh
1. Adik belum boleh pergi ke bandar bersendirian kerana dia masih kecil.
2. Razak harus telah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zainab.
3. Ayah sedang hendak ke pejabat ketika ibu menyampaikan berita tentang kematian nenek
kepadanya.
4. Kata Meor, “Saya yakin bahawa Abu mesti akan datang ke mari kerana dia telah berjanji kepada
saya untuk pergi berburu di hutan dengan saya.”
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan panggunaan kata bentu seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata bantu boleh untuk menggantikan tempat kata bantu dapat dalam
ayat.
Contoh
1.a) Amir a tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (X)
b) Amir a tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (√)
2. Kesalahan menggunakan kata bantu hendak sebagai kata tanya dalam ayat tanya.
Contoh:
1.a) “Hendakkah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (X)
b) “Mahukah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (√)
Subscribe to:
Comments (Atom)



